BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 7, 2009

HaRi baHaGia aKu...




Salam semua...


Terima kasih kerana sudi follow blog aku nih.. ok hari ni aku rasa aku nak bercerita ttg hari bahagia aku iaitu hari pertunangan aku.. aku bertunang dgn tunang tersayang yang bernama MOHD ROSLAN BIN SUMAWAN pada 12 Oktober 2008 iaitu pada hari raya ke 12.. oleh kerana ini hari pertuannganku, jadi aku rasa amat teruja & nervous giler.. peh malam sebelum aku nak ditunangkan tu, x boleh tidur lah.. x tahu lah kenapa.. maybe semua perempuan yang akan melalui saat ni akan merasa seperti yang aku rasa.. hanya yang perempuan yang pernah melaluinya saja yang dapat rasa mcm apa yang aku rasa.. walaupun nervous, aku tetap exicted beb.. al maklom lah, hari bersejarah aku.. tambah pulak aku nak bertunang dengan insan tercinta, mmg lah exicted.. kegembiraan aku tu mmg x boleh nak d gambarkan.. hanya Tuhan saja yang tahu..


Aku memilih sepersalinan putih sebab aku rasa hari pertunangan amat sesuai dgn warna putih.. first aku nak pilih warna biru firus tapi x jadi sebab aku ubah fikiran.. so aku pilih je persalinan putih ni.. simple tapi cantik.. aku disolek oleh andam.. aku memilih andam Azizah kerana budget aku x banyak.. haha.. mungkin majlis perkahwinan nanti aku pilih andam yang lebih bagus..


Tentang majlis aku, majlis bermula pada jam 2.00 petang, selepas solat zohor.. Ketibaan pihak lelaki tiba tepat jam 2.20 petang.. waktu pihak lelaki datang, aku dah nervous giler, tangan aku sejuk je walaupon pada hari tu cuaca panas terik.. selepas berbincang & menyarung cincin, ada sedikit jamuan & pukul 4.30 petang majlis pun berakhir..


Selesai je majlis, aku rasa lega giler.. alhamdulillah lah semua berjalan lancar & seperti yang dirancang walaupon ada sedikit kelam kabut.. haha.. aku lah yang kelam kabut tuh.. so aku mengikat pertunangan selama 1 tahun hidup iaitu boleh sebelum 1 tahun & lebih 1 tahun.. tapi lagi cepat lagi bagus.. hantaran?? hehehe biarlah rahsia...


0 comments: